السلام عليكم
greeting from Litratista.
Pagi semalam, bangun je dari tido nak gi keje, aku tengok kat fon aku - "1 new message". pelik..pagi2 bute da ade yg msj. tapi tapeee...dengan mate rabak aku terus baca msj tu. mane tahu kalau2 awek aku nak bagi morning kiss ke. aku bukak. aku bace. aku diam. mesej dari seorang kawan, "ayah syafiq da meninggal" isinye. Inalillah.. bukan intent nak cari topik dull sbgai post even name page ni 'Living In Monochrome'. tapi saje. sebab mende ni yang aku ingat buat masa ni. kawan aku bagitahu yang ayah die meninggal pkul 4.30 pagi ari tu. tapi aku xtanye banyak, taw perasaan die mse tu macam mane. Maaf kawan, aku xdapat pegi. Al-Fatihah saje yang dapat dikirim dari jauh. moga2 dia dapat bersabar. biar die pergi, tapi die xkan jauh dengan kita. serius an aku kali nie? =) xla.. otometik aku teringatkan abah. jadi post ni tribute untuk sape2 yang bergelar ayah. so mungkin sebab tu aku rase kali ni mungkin aku x mengarut. orang lain ade ayah. aku ade abah. =) tapi dia dah pergi..as one big happy family, kitorang mmg rapat. jadi kadang2 'lost' of someone tu maybe bukan perkara seronok maupun happening. kan? kan? jadi, bile abah pergi. kitorang memang down. tapi kitorang epi..sebab die selamat tiba disana. InsyaAllah. Ade satu moment yang paling aku xboleh lupe dengan abah..aku da pernah cerita mnda ni..tapi bukan kt semua orang. sampai sekarang, aku still menangis kalau aku ingat balik moment nie. abah sakit da lame. 2 tahun die sakit telantar kt rumah. Tapi mase ni aku boleh nampak..betapa mama jage abah. setianye die.. makan..minum..mandi. okey skarang aku nak bagitau ape yg aku mksudkan tadi moment yang xkan aku bleh lupe..Kalau nak tahu hari jadi aku yang ke-16 pada 11.06.2006.. hari tu aku suapkan makanan ntuk arwah abah..arwah abah sakit parkinson dengan strok. die susah nak cakap..nak gerak pon susah..tapi hari tu..mase aku tengah suapkan dia, tiba2 dia tarik tangan aku. dia tarik aku rapat ke mulut dia. susah payah tangan dia pegang nak tarik aku. lepas tu die cakap "selamat hari jadi dik..." Ya Allah..besarnya kekuasaanMu Ya Allah.. die xleh gerak..xleh cakap..n die nyanyuk! tapi dia xlupa hari jadi aku.. lepas ucap tu, arwah abah cuma senyum..tapi aku nampak air mata dia mengalir. sedihnya aku masa tu..aku cuma diam. aku tahan. Dia betul2 usaha nak ucapkan hari jadi aku.. Bergenang air mata aku masa tu. Aku cuma diam.. Keesokan harinya, 12.06.2006 arwah abah dah xde. arwah abah meninggal sehari selepas ucapkan hari jadi untuk aku. anak dia.. Even sekarang air mata aku still bgenang teringatkan hari tu.. Aku bersyukur sangat2 dikurniakan abah sebgai seorang ayah. Abah, kitorang anak2 abah..mama..baik2 sje. semoga bah beroleh keberkatan di sana. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al-Fatihah.
بِاِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِإِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَعَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
...abah السلام عليكم